Makin banyak kau iri hati & dengki,nanti makin banyak Allah tarik rezeki.
Iri hati dan hasad dengki adalah satu penyakit hati yang perlu kita hindari. Penyakit iri hati dan hasad dengki ini jika dibiarkan akan membuat hati seseorang itu terasa sempit dan jauh daripada mendapat ketenangan didalam hidup. Menurut satu ceramah yang kami dengar sebelum ini,bagaimana kita mahu tahu hati kita ini mempunyai hasad dengki atau iri hati? Caranya adalah sangat mudah,apabila kita melihat kejayaan seseorang kita merasa sakit hati. Kedua ialah,apabila seseorang yang kita tidak suka itu menerima musibah atau kemalangan,kita lah orang yang paling merasa gembira dengan khabar berita tersebut.